Date & Time Setting di Handphone - SANGAT PENTING !!
Assalamualaikum to all..ya Allah bersawang segala blog aku ni 😂😂😂
Berapa kurun tak pernah update pun, hahah..sekarang dah 8 tahun jadi Zaujah orang tiba-tiba teringat nak meng"update"..bukan apa, tengah ada point yang aku rasa amat lah penting untuk di taip sebagai rekod untuk rujukan akan datang..
Mungkin ada di antara korang yang dah lama tahu problem ni..so aku taip dan share ni bagi yg tak tahu macam aku yg ter"discover" mende alah ni recently..
Ok lah straight to the point je, kisah nya aku ada beberapa handphone, iaitu iPhone 11 pro Max dan jugak Samsung Galaxy Z Flip 3..aku kira-kira ni adalah yang terkini sekali untuk aku buat masa ni..Sekarang dengan zaman smart TV bagai, aku tak lari jugak lah berjinak dgn Android Mi Stick..yang mana ianya didatangkan sekali dengan fungsi Chromecast.
Rajin jugak lah aku casting segala media content dari Facebook from mobile to TV yg aku cucuk Mi Stick ni tadi. Kebetulan beberapa hari lepas, ada masalah dengan Unifi connection kat rumah ni, then settle Technician TM datang, baru aku perasan tiba-tiba aku dah tak boleh link Chromecast dari dua phone aku tadi ke TV..
Dalam kepala, ingatkan ada setting problem pakcik Technician TM tu dah usik. Then aku test dgn dua smart phone lama Encik Zauj..iaitu iPhone 8 dan Oppo F1s beliau, guna Wifi connection yang sama..tadaaa!! ehh boleh pulak..apsal pulak dgn smart phone aku yg kengkonon canggih ni tak boleh tiba-tiba? Aku pun mula lah nak emosi..ahhh biasa lah pompuan kan 😒😒 . Aku perasan jugak aku tak boleh play any media direct from Facebook contoh nya any video lah dalam Facebook tu pada iPhone aku. Cuba pakai mobile data pun sama. Pelik sungguh lahh !
Dah update segala software termasuk lah Mi Stick punya software, try dgn Netflix..ehh boleh pulak..tapi Facebook dan Youtube masih tak boleh..so aku decide biar je lah dulu..kemungkinan ada problem dgn handphone aku ni..aku pun masuk kerja mcm biasa (masih Work From Home buat masa ni..Heaven!! ) 😍😍
Bila work from home, kami menggunakan VPN untuk connect ke company punya network..dan menggunakan 2 way MFA authentication, iaitu soft token lah installed di handphone. Pun tak boleh, minta tolong geng Access check, token kena reset dan activate baru.. Sekali lagi gagal nak activate token phone..dan sekali..muncul lah satu error seperti berikut :
"We could not verify the token code you entered. Either there was a typo or the time and time zone combination of your phone is incorrect. Please verify the time and timezone settings on your phone and in your authenticator app and try again."
Apalagi cepat-cepat pergi ke Date & Time setting di kedua-dua handphone aku tu, dan set semula ke tarikh dan time semasa..dan seperti yang dijangka kan, check Facebook - video boleh play, token pun dah boleh activate semula, last sekali, Chromecast - pun berjaya connect semula ke TV...mashaAllah...see..betapa penting nya Date & Time setting ni sebenarnya...
Dengan ini saja, boleh buat dunia korang haru biru..hahah..pada siapa-siapa yg rasanya ada problem dengan gejala seperti yg aku lalui di atas (gejala dah macam kena penyakit pulak 😝), boleh lah check dulu Date & Time setting kat hanpdhone masing-masing sebelum cuba advance troubleshooting yang lain yea.
Moga sharing ni bermanfaat buat korang. 😍
Ulasan